selamat datang ke laman rasmi Sekolah Rendah Islam Nurul Iman, Terima kasih kerana mengunjungi kami.



ALAMAT :

JALAN MASJID LAMA,
36800 KG. GAJAH,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON
  05-6312390

EMAIL:
 srini_kg2002@yahoo.com
sekolahagama89@gmail.com


BLOG : 
http ://sekolahsrini.blogspot.com

AKAUN BANK:

Akaun BIMB : 08-031-02-015206-0 
atas nama Sekolah Rendah Islam Nurul Iman (SRINI) Kampung Gajah.

PANORAMA SRINI

PARA PELAJAR SRINI

PERATURAN AM ASRAMA AS-SOLIHIN

  1. Pelajar hendaklah sentiasa berakhlak mulia dan sentiasa menghormati rakan-rakan dan orang yang lebih tua.
  2. Pelajar hendaklah sentiasa mentaati guru / Penyelia Asrama yang menjadi pengganti ibu bapa ketika di asrama.
  3. Pelajar hendaklah menjaga kekemasan diri dari segi pakaian dan sebagainya.
  4. Pelajar lelaki dimestikan berambut pendek (digalakkan botak) dan pelajar perempuan digalakkan berambut pendek supaya mudah diurus.
  5. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan asrama dan mengemas almari sendiri.
  6. Pelajar tidak dibenarkan membawa barang-barang yang dilarang dan jika didapati pelajar berbuat demikian barang tersebut akan dirampas.
  7. Pelajar tidak dibenarkan membawa pakaian yang berlebihan dari had yang telah ditetapkan dan hendaklah bertanda nama bagi mengelakkan kehilangan.
  8. Keluar / pulang pada hujung minggu mestilah mendapat keizinan Mudir atau Penyelia Asrama.
  9. Pelajar hendaklah mencatit masa keluar dan masa pulang di dalam buku keluar pelajar.
  10. Pelajar dibenarkan pulang bercuti mengikut tarikh / masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
  11. Ibu bapa / penjaga dibenarkan menziarahi pelajar pada hari persekolahan hanya pada waktu petang sahaja (5.30 – 6.30 pm)
  12. Pelawat lelaki tidak dibenarkan melawat asrama kecuali mendapat keizinan dari Penyelia Asrama.
  13. Sebarang masalah yang berkaitan dengan asrama hendaklah berhubung terus dengan Penyelia Asrama (kehilangan barang dll)
  14. Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan asrama yang telah ditetapkan dan bersedia didenda jika melakukan kesalahan.

MAKLUMAN

Semua pakaian hendaklah ditulis nama.


PAKAIAN
TEMPAT TULIS NAMA
Baju
Di kolar baju
Seluar sekolah
Di poket seluar
Seluar biasa
Di kaki seluar
Stoking
Di bahagian atas stoking
Kasut sekolah
Di tepi


Pakaian gelap      : ditulis dengan liquid paper
Pakaian cerah     : ditulis dengan pen marker

ü  PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA PAKAIAN LEBIH DARI YANG TELAH DITETAPKAN.


BARANG-BARANG KEPERLUAN ASRAMA

Almari pakaian (Boleh dibeli di sekolah)
Bantal & sarung (sebiji)

Keperluan Mandi

Sabun mandi
Berus gigi & ubat gigi
Tuala mandi
Kain basah pelajar lelaki – seluar paras lutut
Pelajar perempuan – kain baju kurung pinggang bergetah

Kekemasan Diri
Selipar / sandal
Sikat rambut & sikat kutu
Bedak (pelajar perempuan sahaja)

Pakaian (Lelaki)

Baju Melayu                                (2 pasang)
Seluar Trek                                 (3 helai)
Baju-T                                       (3 helai)
Jubah putih – Labuh paras buku lali (sehelai)
Sejadah                                      (1 helai)
Penyangkut baju                          (sedozen)
Kopiah berwarna – selain warna putih (1 helai)
Kain pelikat tidak dibenarkan

Pakaian (Perempuan)

Baju kurung / Jubah                     (3 pasang)
Seluar Trek                                 (3 helai)
Blaus / T-shirt labuh & berlengan panjang (3 helai)
Tudung selain warna putih                        (2 helai)
Telekung                                    (sepasang)
Sejadah                                      (1 helai)

Pakaian Sekolah (Lelaki)

**Uniform sekolah                        (2 pasang)
(Baju hijau muda & seluar hijau tua)
Kopiah putih                              (2 helai)
Stoking putih tapak hitam              (2 pasang)
Kasut kanvas hitam – zap-on         (sepasang)
*Kasut bertali tidak dibenarkan

Pakaian Sekolah (Perempuan)

**Uniform sekolah                        (2 pasang)
(Jubah hijau tua – tidak dibenarkan mini jubah)
Tudung putih labuh paras siku       (2 helai)
Seluar panjang warna gelap                       (3 helai)
Stoking putih tapak hitam                (2 pasang)
Kasut kanvas hitam – zap-on         (sepasang)
*Kasut bertali tidak dibenarkan

**Lihat contoh di sekolah




KURIKULUM


          Kurikulum SRINI disusun merangkumi Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) JAIPk, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengajian Tahfiz.

Mata pelajaran - mata pelajaran yang diajar adalah :

  1. Aqidah (Tauhid)
  2. Feqah (Ibadah)
  3. Al-Quran (Tilawah, Tafsir, Hafazan & Tajwid)
  4. Hadith
  5. Akhlak (Adab)
  6. Bahasa Arab (Lughotul Quran) - Nahu, Sorof & Muthola’ah
  7. Sirah
  8. Tulisan Jawi
  9. Bahasa Melayu
  10. Bahasa Inggeris
  11. Matematik
  12. Sains
  13. Kajian Tempatan
  14. Amali Solat

KO-KURIKULUM SEKOLAH

          Kegiatan ko-kurikulum adalah bertujuan membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah dan memupuk bakat dan minat pelajar.
Di antaranya ialah :

  1. PERSATUAN : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan Sains.

  1. UNIT BERUNIFORM : Unit Amal Walad (Lelaki), Unit Amal Banat (Perempuan).

  1. KELAB : Kelab Permainan Dalam, Kelab Nasyid, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni & Kreatif dan Kelab Pidato Sekolah.

  1. SUKAN DAN PERMAINAN : Bola sepak, bola jaring dan badminton.

  1. AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH : Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam, Hari Guru, Sukan Tahunan, Hari Ihtifal, Khemah Ibadah, Klinik Solat & Doa, Tamrin Kepimpinan, Ceramah Motivasi & Minggu Bakat Pelajar.

  1. AKTIVITI MINGGUAN & HARIAN : Puasa Sunat hari Isnin & Khamis, Program Qiamullail, Kelas Hafazan Surah Yaasin, Kelas Mengulang hafazan & Zikir Al Ma’thurat.

CARTA ORGANISASI



PENTADBIRAN


PENGERUSI LEMBAGA TADBIR
         ~USTAZ MUSTAFA B. SHAARI
MUDIR/GURU BESAR
         ~PUAN ZAINATUL HUDA BT ZAINON
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
         ~PUAN LAILY MARIAM BT WAID
JUMLAH GURU
         ~L – 1               P – 11                         J- 12
JUMLAH KAKITANGAN
         ~L – 3               P – 5                           J – 8
JUMLAH PELAJAR
         ~L – 82                         P – 60             J – 142
JUMLAH PELAJAR ASRAMA
         ~L – 48             P – 32                         J – 80


 SEJARAH SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL IMAN
                                                                                  
           
Sekolah Rendah Islam Nurul Iman atau ringkasannya SRINI telah ditubuhkan hasil daripada kesedaran bahawa pentingnya pendidikan yang berdasarkan Islam sejak dari sekolah  rendah lagi, di dalam rangka menyelesaikan permasalahan ummah terutamanya masalah keruntuhan akhlak muda mudi hari ini, khususnya di Kampung Gajah.

Hakikat  ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
موروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر، وفرقوهم فى المضاجع .
Ertinya:Suruhlah anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka meninggalkannya) ketika mereka sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (yakni di antara anak-anak lelaki dan perempuan dalam umur yang seumpama itu).

Sehubungan dengan itu, perkara ini telah dibincangkan sejak tahun 1998 lagi di kalangan beberapa orang ustaz, Guru Besar- Guru Besar  Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Islam, kakitangan Jabatan Agama Islam Kampung Gajah dan pemuda-pemuda Kampung Gajah.
Akhirnya pada pertengahan bulan Ramadhan tahun 2001, telah diadakan satu mesyuarat tidak rasmi di Surau Kampung Tanjung, Kg. Gajah, untuk menetapkan beberapa perkara mengenai penubuhan SRINI. Dan seterusnya, mesyuarat kali pertama AJK Penaja SRINI diadakan pada 10 Syawal tahun 2001 telah menetapkan seramai 10 orang Ahli Lembaga Tadbir yang akan mengendalikan semua urusan SRINI dan penubuhannya.


PENGASAS
Sekolah ini telah diasaskan oleh USTAZ MUSTAFA B. SHAARI pada tahun 2002 (1423M)


KONSEP PENUBUHAN
      Sekolah Rendah Islam Nurul Iman (SRINI) menggabungkan tiga aliran penting yang amat diperlukan oleh pelajar muslim iaitu Agama, Akademik & Tahfiz. Kebanyakan sekolah rendah hanya mengemukakan satu atau dua aliran sahaja. Sama ada Sekolah Rendah Agama serta Tahfiz atau tanpa Tahfiz. Sedangkan sebahagian  yang lain hanya sekolah rendah beraliran Akademik sahaja.
Di atas keperluan ini, SRINI bangun untuk membekalkan ketiga-tiga asas pendidikan ini kepada pelajar-pelajar muslim di peringkat rendah sebagaimana para ulama’ silam telah mendidik anak-anak mereka dengan asas ini.
Untuk yang seterusnya, terserahlah kepada ibu bapa atau para pelajar sendiri untuk membuat pilihan terhadap pendidikan lanjutan di peringkat menengah, sama ada aliran Agama, Akademik atau Tahfiz.
PRINSIP OPERASI
    Penubuhan dan pengendalian SRINI tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan (non-profit making) atau politik (non-partisan). Ia adalah sebuah Institusi Pendidikan peringkat rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) yang berdasarkan Islam. Oleh itu, SRINI tidak terikat dengan sebarang pertubuhan, gerakan atau fahaman.


PENDAFTARAN
(NO. SIJIL PENDAFTARAN)
PEJABAT AGAMA PERAK
JAIPk/SRAR/KG. 31/08


PENGIKTIRAFAN
Sekolah Rendah Islam Nurul Iman (SRINI) Kampung Tanjung, Kampung Gajah pada permulaannya telah diiktiraf sebagai Cawangan Sekolah Rendah Islam At-Taalim (SRITA) Seri Manjung pada 9 Disember 2001M bersamaan 23 Ramadhan 1422H dengan nombor pendaftaran :
SRITA CAW-1/2002 dan nombor pendaftaran SRITA : JAIPk/SRAR/MG.63/98.
Seterusnya telah mendapat pengiktirafan JAIPk pada tahun 2008 dengan no pendaftaran : JAIPk / SRAR / KG.31 / 08