PERATURAN AM ASRAMA AS-SOLIHIN
- Pelajar hendaklah sentiasa berakhlak mulia dan sentiasa menghormati rakan-rakan dan orang yang lebih tua.
- Pelajar hendaklah sentiasa mentaati guru / Penyelia Asrama yang menjadi pengganti ibu bapa ketika di asrama.
- Pelajar hendaklah menjaga kekemasan diri dari segi pakaian dan sebagainya.
- Pelajar lelaki dimestikan berambut pendek (digalakkan botak) dan pelajar perempuan digalakkan berambut pendek supaya mudah diurus.
- Pelajar hendaklah menjaga kebersihan asrama dan mengemas almari sendiri.
- Pelajar tidak dibenarkan membawa barang-barang yang dilarang dan jika didapati pelajar berbuat demikian barang tersebut akan dirampas.
- Pelajar tidak dibenarkan membawa pakaian yang berlebihan dari had yang telah ditetapkan dan hendaklah bertanda nama bagi mengelakkan kehilangan.
- Keluar / pulang pada hujung minggu mestilah mendapat keizinan Mudir atau Penyelia Asrama.
- Pelajar hendaklah mencatit masa keluar dan masa pulang di dalam buku keluar pelajar.
- Pelajar dibenarkan pulang bercuti mengikut tarikh / masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Ibu bapa / penjaga dibenarkan menziarahi pelajar pada hari persekolahan hanya pada waktu petang sahaja (5.30 – 6.30 pm)
- Pelawat lelaki tidak dibenarkan melawat asrama kecuali mendapat keizinan dari Penyelia Asrama.
- Sebarang masalah yang berkaitan dengan asrama hendaklah berhubung terus dengan Penyelia Asrama (kehilangan barang dll)
- Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan asrama yang telah ditetapkan dan bersedia didenda jika melakukan kesalahan.
MAKLUMAN
Semua pakaian hendaklah ditulis nama.
PAKAIAN | TEMPAT TULIS NAMA |
Baju | Di kolar baju |
Seluar sekolah | Di poket seluar |
Seluar biasa | Di kaki seluar |
Stoking | Di bahagian atas stoking |
Kasut sekolah | Di tepi |
Pakaian gelap : ditulis dengan liquid paper
Pakaian cerah : ditulis dengan pen marker
ΓΌ PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA PAKAIAN LEBIH DARI YANG TELAH DITETAPKAN.
BARANG-BARANG KEPERLUAN ASRAMA
Almari pakaian (Boleh dibeli di sekolah)
Bantal & sarung (sebiji)
Keperluan Mandi
Sabun mandi
Berus gigi & ubat gigi
Tuala mandi
Kain basah pelajar lelaki – seluar paras lutut
Pelajar perempuan – kain baju kurung pinggang bergetah
Kekemasan Diri
Selipar / sandal
Sikat rambut & sikat kutu
Bedak (pelajar perempuan sahaja)
Pakaian (Lelaki)
Baju Melayu (2 pasang)
Seluar Trek (3 helai)
Baju-T (3 helai)
Jubah putih – Labuh paras buku lali (sehelai)
Sejadah (1 helai)
Penyangkut baju (sedozen)
Kopiah berwarna – selain warna putih (1 helai)
Kain pelikat tidak dibenarkan
Pakaian (Perempuan)
Baju kurung / Jubah (3 pasang)
Seluar Trek (3 helai)
Blaus / T-shirt labuh & berlengan panjang (3 helai)
Tudung selain warna putih (2 helai)
Telekung (sepasang)
Sejadah (1 helai)
Pakaian Sekolah (Lelaki)
**Uniform sekolah (2 pasang)
(Baju hijau muda & seluar hijau tua)
Kopiah putih (2 helai)
Stoking putih tapak hitam (2 pasang)
Kasut kanvas hitam – zap-on (sepasang)
*Kasut bertali tidak dibenarkan
Pakaian Sekolah (Perempuan)
**Uniform sekolah (2 pasang)
(Jubah hijau tua – tidak dibenarkan mini jubah)
Tudung putih labuh paras siku (2 helai)
Seluar panjang warna gelap (3 helai)
Stoking putih tapak hitam (2 pasang)
Kasut kanvas hitam – zap-on (sepasang)
*Kasut bertali tidak dibenarkan
**Lihat contoh di sekolah