selamat datang ke laman rasmi Sekolah Rendah Islam Nurul Iman, Terima kasih kerana mengunjungi kami.


 SEJARAH SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL IMAN
                                                                                  
           
Sekolah Rendah Islam Nurul Iman atau ringkasannya SRINI telah ditubuhkan hasil daripada kesedaran bahawa pentingnya pendidikan yang berdasarkan Islam sejak dari sekolah  rendah lagi, di dalam rangka menyelesaikan permasalahan ummah terutamanya masalah keruntuhan akhlak muda mudi hari ini, khususnya di Kampung Gajah.

Hakikat  ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
موروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر، وفرقوهم فى المضاجع .
Ertinya:Suruhlah anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka meninggalkannya) ketika mereka sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (yakni di antara anak-anak lelaki dan perempuan dalam umur yang seumpama itu).

Sehubungan dengan itu, perkara ini telah dibincangkan sejak tahun 1998 lagi di kalangan beberapa orang ustaz, Guru Besar- Guru Besar  Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Islam, kakitangan Jabatan Agama Islam Kampung Gajah dan pemuda-pemuda Kampung Gajah.
Akhirnya pada pertengahan bulan Ramadhan tahun 2001, telah diadakan satu mesyuarat tidak rasmi di Surau Kampung Tanjung, Kg. Gajah, untuk menetapkan beberapa perkara mengenai penubuhan SRINI. Dan seterusnya, mesyuarat kali pertama AJK Penaja SRINI diadakan pada 10 Syawal tahun 2001 telah menetapkan seramai 10 orang Ahli Lembaga Tadbir yang akan mengendalikan semua urusan SRINI dan penubuhannya.


PENGASAS
Sekolah ini telah diasaskan oleh USTAZ MUSTAFA B. SHAARI pada tahun 2002 (1423M)


KONSEP PENUBUHAN
      Sekolah Rendah Islam Nurul Iman (SRINI) menggabungkan tiga aliran penting yang amat diperlukan oleh pelajar muslim iaitu Agama, Akademik & Tahfiz. Kebanyakan sekolah rendah hanya mengemukakan satu atau dua aliran sahaja. Sama ada Sekolah Rendah Agama serta Tahfiz atau tanpa Tahfiz. Sedangkan sebahagian  yang lain hanya sekolah rendah beraliran Akademik sahaja.
Di atas keperluan ini, SRINI bangun untuk membekalkan ketiga-tiga asas pendidikan ini kepada pelajar-pelajar muslim di peringkat rendah sebagaimana para ulama’ silam telah mendidik anak-anak mereka dengan asas ini.
Untuk yang seterusnya, terserahlah kepada ibu bapa atau para pelajar sendiri untuk membuat pilihan terhadap pendidikan lanjutan di peringkat menengah, sama ada aliran Agama, Akademik atau Tahfiz.
PRINSIP OPERASI
    Penubuhan dan pengendalian SRINI tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan (non-profit making) atau politik (non-partisan). Ia adalah sebuah Institusi Pendidikan peringkat rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) yang berdasarkan Islam. Oleh itu, SRINI tidak terikat dengan sebarang pertubuhan, gerakan atau fahaman.


PENDAFTARAN
(NO. SIJIL PENDAFTARAN)
PEJABAT AGAMA PERAK
JAIPk/SRAR/KG. 31/08


PENGIKTIRAFAN
Sekolah Rendah Islam Nurul Iman (SRINI) Kampung Tanjung, Kampung Gajah pada permulaannya telah diiktiraf sebagai Cawangan Sekolah Rendah Islam At-Taalim (SRITA) Seri Manjung pada 9 Disember 2001M bersamaan 23 Ramadhan 1422H dengan nombor pendaftaran :
SRITA CAW-1/2002 dan nombor pendaftaran SRITA : JAIPk/SRAR/MG.63/98.
Seterusnya telah mendapat pengiktirafan JAIPk pada tahun 2008 dengan no pendaftaran : JAIPk / SRAR / KG.31 / 08

Next Post Previous Post